Nama Proton Preve 2012 Oh Cerita
Betul
Nama sebenar model baru Proton sudah pun diketahui. Proton Preve namanya. Ada yang mempertikaikan tindakan Proton yang lebih gemar memilih nama-nama yang tidak melambangkan nilai-nilai Malaysia pada model kereta ini. Kata mereka, bukanlah lebih elok meletakkan nama seperti proton Perkasa contohnya. Ooops!!
Macam-macam ketidakpuashatian yang boleh kita perhatikan. Masing-masing ada pendapat dan ulasan mereka sendiri berdasarkan pengalaman sendiri yang kebanyakkannya melibatkan prestasi dan kualiti yang terdapat pada setiap model baru keluaran Proton. Walaubagaimanapun, apa yang bolah kami katakan semenjak keluaran Proton Persona, Proton sudah nampak ada perubahannya. Tetapi masih tidak cukup lagi.
Sehinggalah mereka sedang menunggu masa dan ketika di hari pelancaran Proton Preve 2012 yang dijangka diadakan pada 16 April ini untuk membuktikan sesuatu kepada rakyat Malaysia amnya dan kepada dunia umumnya. Proton Preve ini pun asalnya dibangunkan dengan tujuan untuk menggantikan Proton Persona. Itu sebablah ada cakap-cakap mengatakan Proton P3-21A (kod nama) akan diberikan nama Proton Persona R. Tetapi…..
Tetapi selepas Proton melihat jualan Proton Persona masih lagi utuh dan juga masih lagi tinggi permintaannya, jualan model Proton Persona masih lagi diteruskan seperti biasa dengan speknya direndahkan lagi. Cuma, yang pastinya Proton Preve akan menggantikan Proton Persona dan Proton Waja di persada global.
Nama Proton Preve 2012
Disebabkan Proton sebelum ini mengalami masalah kepercayaan daripada pemilik Proton sebelum ini, maka Proton cuba bangkit semula dengan model global baru mereka ini, di mana nama Proton Preve 2012 pada mulanya datang daripada perkataan “Prove”
Asalanya, sebutan nama Preve, ialah “preev”
Tetapi Proton telah menukar bentuk sebutan “preev” kepada “prae-vae” kerana mahu menampakkan lebih komersil.
No comments:
Post a Comment