Friday, March 15, 2013

Dendam Sundel Bolong : Astro Prima Oh Cerita Betul



Drama yang aku tonton di Astro semalam

Erni seorang pelacur merasa rendah diri apabila dihina seorang lelaki yang mengatakan wajahnya tak cantik
akhirnya dia menurut kata hati memasang susuk
susuk yang dipasang membuatkan dia menjadi cantik

seorang lelaki iaitu Arman jatuh cinta padanya dan menyuruh dia berhenti daripada melacur
Arman ingin berkahwin dengannya
sedangkan berkahwin adalah dilarang kepada pemakai susuk sepertinya kerana apabila perkahwinan terjadi, dia akan bersatu sepenuhnya dengan sundel bolong susuk yang dipakainya

Erni juga telah melanggar arahan apabila makan sate dan lalu bah ampaian
belakangnya berdarah dan berulat serta sakit
untuk memulihkan diri kepada keadaan asal dia kena makan janin perempuan mengandung anak sulung
memang mengerikan
tetapi dia terpaksa melakukannya hingga menyebabkan dia membunuh dua perempuan mengandung

Pada malam perkahwinan Erni dan Arman, sundel bolong yang telah menghuni tubuhnya membunuh inu mertuanya
Erni sangat takut dan menyesal kerana memakai susuk itu
dia cuba mencari cara untuk membuang susuk itu

tetapi pengakhirannya menyedihkan
dia mati setelah terjatuh dari tingkat atas wad hospital apabila sundel bolong itu berang kerana Erni ingin membuang susuknya

Kesimpulannya
1. Bersyukur dengan apa yang ada, cantik atau kurang rupa paras bukan penentu utama kejayaan hidup
2. Biar kurang rupa paras tetapi elok budi bahasa dan perangai
3. Jangan membuat kerja-kerja syirik yang menyekutukan Tuhan, berdosa besar dan buruk padahnya
4. Hidup ini kena ada pegangan agama, jangan ikutkan nafsu semata-mata
5. Syaitan sentiasa mahu menyesatkan umat manusia, jangan terperangkap

thanks

No comments:

Post a Comment